Ahad, 27 Mac 2011

EURO vs USD ANALYSIS 28 MARCH 2011













TF WEEKLY & TF DAILY ANALYSIS,
Unjuran pada TF Weekly ini pasaran didapati telah menurun secara mengejut atau felling windows pada pembukaan pasaran untuk hari pertama dalam minggu pertama pada hari ini. Pergerakan ini berkemungkinan besar akan meningkat dahulu bagi membuat gelombang pembetulan pasaran pada TF H4 dan TF M30 untuk menutup ruang gap tersebut. diramalkan pasaran akan mula meningkat dalam unjuran pembetulan pasaran untuk beberapa waktu yang terdekat dan beberapa hari dalam minggu ini dan seterusnya akan menurun sehingga pasaran mencecah pada titik terakhir B-Band-Support 2 pada TF Daily.

TF H4 ANALYSIS,
Pergerakan pasaran dalam TF H4 ini masih mengunjurkan pada gelombang bearish turutan dari signal B-Band-Resistance 2 yang mana pasaran masih bergerak dibawah penguasaan B-Band-Resistance 2 pada TF H4 ini. Diramalkan pasaran akan membuat proses pembetulan dengan unjuran meningkat untuk proses pembetulan pasaran pada TF Daily dan Weekly untuk jangka masa yang pendek. Jika pasaran meningkat sehingga mencecah dan tidak menutup pasaran diatas titik terakhir B-Band-Resistance 2 pada TF H4 ini diramalkan pasaran akan menurun untuk pergerakan semula pasaran bagi jangka masa yang panjang. Jika didapati pasaran meningkat dan menutup pasaran diatas B-Band-Resistance 2 pada TF H4 ini seterusnya signal B-Band-Support muncul ini bermakna pasaran berkemungkinan akan gagal untuk proses bearish, seterusnya akan meningkat pula. Sebelum itu pasaran akan membuat proses pembetulan pasaran dahulu sebelum peningkatan yang seterusnya.

TF M30 ANALYSIS,
Pasaran telah bergerak jauh menurun dan kelihatan B-Band-Resistance 2 berada jauh dari pergerakan pasaran pada hari Jumaat lepas. Untuk perihal seperti ini pasaran akan bergerak naik dan turun untuk jangka masa yang pendek bagi beberapa waktu sehinga pasaran mencecah titik terakhir B-Band-Resistance 2 pada TF M30 ini. Jika pasaran meningkat dengan menghampiri titik terakhir B-Band-Resistance 2 dan tidak menutup pasaran diatas B-Band-Resistance 2 pada TF M30 ini, pasaran diramlakan berkemungkanan akan menurun untuk unjuran pada TF H4, TF Daily seterusnya akan melengkapkan BODY untuk TF Weekly dengan unjuran bearish. Jika pasaran sebaliknya dengan menutup pasarn diatas titik terakhir B-Band-Resistance 2 dan signal B-Band-Support 2 muncul diramalkan pasaran akan meningkat untuk jangkamasa pendek. Apabila ini berlaku sila semak pada TF H4 untuk sebarang keputusan yang diambil...

**Analysis bukanlah sesuatu yang diramalkan untuk menjadikan sesuatu kemungkinan akan berlaku mengikut apa yang dirancang,
tetapi sebaiknya kita berusaha dengan sebaik mungkin dari semua perkara untuk mengelakan sesuatu yang tidak di ingini berlaku tanpa disangka-sangka**.


DIAM-DIAM BUAT DUIT DIAM-DIAM DAPAT DUIT